Thursday, August 6, 2009

Aku budak IKM Sem 3

Pejam celik dah sem 3, sem yg penuh cabaran, sem ini la penentu sama ada kita layak atau tidak memegang sijil kemahiran mara...ramai-ramai rakan yg kecundang awal aku Alhamdulilah masih lagi perlajar IKMAS..Selepas mengharungi perjalan selama 7 jam dari Kuala Lumpur akhirnya sampai juga ke stesen bas sahab perdana...aku dan 'mama' terus menaiki teksi menuju ke asrama IKM sampai di sana sudah ada teman-teman yg sudah sampai awal mungkin tidak sabar menyambung pengajian di IKM..

Aku tgk asrama dah beruba ada 2 dorm baru aku dan perlajar junior di tempatkan disitu dorm lama diberikan pada perlajar baru nanti. Esknya di IKM sudah ada perlajar baru membuat pendaftaran mereka juga seperti aku yg mula2 sampai ke sini terkejut degan pagoda cina..aku tersenyum melihat terlatah mereka..kelas aku dan kelas romans telah berpindah kalau dulu hanya kelas kami di tingkat 2 kali ni kami ke tingkat 1 bersama kelas cost lain...kelas di tingkat 2 di berikan pada perlajar baru..tak pe la duk tingkat 1 ni takde la penat memanjat ke tinggkat 2...Macam biasala pagi-pagi di IKM ada perhimpunan dan juga sedikit senaman ringan En Tojiman Ketua krusus memberi sidikit penerangan tentang semester baru ni kami mendegar penuh tekun.

Di asrama BPP atau Badan Perwakilan Perlajar duk sebuk menguruskan perlajar baru untuk minggu silaturahim di sebabkan perlajar baru ni agar ramai, aku tgk BPP kelam kabut sikit kene la aku tolong apa yang patut tu pun tuan presiden BPP yg mintak..kali ni lagi teruk senior tak di benarkan buat rolcall utuk freshi En Bob dah menunjukkan taringnya asrama freshi di kunci supaya kami tidak boleh ke asrama mereka...kami membiarkan saje zaman reging di IKMAS dah berakhir tidak ada lagi pemberian nama-nama pelik tidak ada lagi undang-undang larangan merokok bagi freshi akibatnya freshi tidak menghormati senior...

IKM juga mempunyai Persatuan dan juga badan beruniform aku terlibat degan kompang seni ezhar dari sem 1 lagi sebenarnya bila dah jadi senior aku di lantik sebagai pengerusi kompang.. aku juga terlibat degan Askar Wataniah nak masuk ni bukan sebarangan kita kene membuat medical chekup lepas tu kene angkat sumpah taat setia...yang bestnya jadi askar wataniah ni kami di beri alaun sara hidup kalau rajin mengikuti latihan setiap minggu bnyak la dapat duit.. biasanya aktiviti ko-kurikulum di ikm di lakukan pada hari khamis sebelah petang bergilir-gilir persatuan dan badan beruniform kalau minggu ni badan beruniform minggu depan persatuan dan kelab pulak..

kumpulan kior IKMAS


IKM juga amat menitik beratkan perlajarnya menyertai aktiviti sukan, dan juga aktiviti luar sebab itu lah persatuan kompang IKM selalu mendapat undagan ke majlis perkahwinan dan juga majlis rasmi...IKM juga mempunyai temasya sukannya sendiri setiap IKM seluruh malaysia akan menghantar wakil untuk menyertai aktiviti yang di jalankan...sama seperti IPT yang lain..




bersama rakan-rakan yang menyertai Askar Wataniah.

Bila dah jadi pengerusi kelab kompang maka tangungjawap pun makin besar...setiap undagan ke majlis perkahwinan atau majlis rasmi aku la yg paling sebuk Alhamdulilah kebanyakkan ahli kelab aku bagi kerjasama yg cukup baik terutama budak2 freshi..diorang yg selalu ikut kalau ada majlis itu...Sebuk degan persatuan tak semestinya aku abai perlajaran...aku degan 'mama' tak selalu mengulangkaji perlajaran bersama2...Di sem 3 ni hubunggan aku degan mama makin mesra kadang2 orang dah balik bila waktu kelas dah tamat tapi kami masih lagi di dalam kelas tapi bukan kami je couple lain pun ada jugak biasanya kami akan berbincang pasal perlajaran yg di ajar pada hari itu , kami naik bas trip ke 3 paling last sekali kalau sem 2 dulu aku naik motor degan fizi tapi sem 3 ni nak merasa naik bas...



aku degan spek berpakaian kelab kompang seni Ezhar


Bagi aku 'mama' sumber inspirasi aku kerana 'mama' perlajaran aku makin maju sampai ada tenaga pengajar yg memuji hehehe...tak kisah la yg penting jaga maruah keluarga...di sebabkan pangilan 'Papa' dan 'mama' ramai pula yang memangil kami degan pangilan tersebut terutama budak2 freshi yela mungkin diorang masih baru kat IKM dan ada yg mula2 nak bercouple sebagai senior aku cuma boleh nasihatkan agar jaga maruah dan jgn abaikan perlajaran..


Aku dah berjanji degan 'mama' lepas ikm bila da dapat keje kami akan bertunang mama tersenyum degan angan2 aku tu yela perjalanan masih jauh lagi macam2 kemungkinan boleh jadi..yang kami mampu buat berdoa agar jodoh kami di panjangkan..



Sem 3 cabaran pengajian memang hebat drawing banyak yg nak kene buat ramai sambung buat kat hostel...kadang dekat hostel table drawing tak cukup gilir2 pakai macam aku jarang buat kat hostel aku cuba siapkan kat kelas...masa yang terluang aku isi degan menyiapkan drawing...selain melukis menggunakan teknikal pen kami juga di ajar melukis dengan computer mengunakan perisian Autocad penting untuk kita tahu mengunakan Autocad kerana di alam pekerjaan kami akan mengunakan Autocad untuk melukis tidak lagi menggunakan taknikal pen..sebab tu tenaga pengajar untuk subjek ni iaitu En Wan amat tekankan kemahiran mengunakan perisian ni dia pantang kalau ada orang yg copy and paste sesuatu lukisan.


Hari minggu di habiskan masa bersiar-siar di bandar tapi bagi mereka yg ada motosikal tak jadi masalah yela kalau dulu asrama dekat degan bandar jalan kaki pun boleh tapi kali ni kami kene menaiki bas nak pergi bas stop pun boleh tahan jauh 20minit baru sampai bas stop depan banguna RTM..sebab tu aku ni malas kalau 'mama' ajak pergi bandar..belum sampai bandar badan dah bau hangit...tapi tak kisah la keluar sikit peluh..kadang2 aku menebalkan muka ni pinjam budak2 yg ada motor, kalau ada motor aku bawak 'mama' pergi air terjun tapi bukan berdua kami pergi ramai2 konvoi kadang2 pergi pantai yg berhampiran degan alor setar masa itu la nak merehatkan minda dan melegakan tekanan...kat asrama baru ni ada kelebihan tang kedai makan kalau dulu asrama padang aku selalu makan kat pak anjang kali ni kedai makan banyak di kawasan asrama pak anjang pun bukak kedai makan kat asrama kami..tapi kadang2 kami makan di depan pasara raya SM ada 1 kedai makan tapi tak de la besar sangat ada 4 5 meje je sapa lambat cari kedai lain walaupun tukang masak dia agak berumur kalau pesan makanan kene tanye bnyak kali maklum la warga mas dan kene tunggu agak lama tapi ramai yg nak makan kedai dia sebab masakan dia sedap..yg paling best bubur nasi aku ingat sampai sekarang kesedapan dia hehehe..tak tahu la ada lagi ke tidak sekarang ni...tapi tu time ada duit la kalau tengah bulan melantak meggi je la huhuhu...



aku dan mama pergi makan KFC degan rakan-rakan di bandar Alor Setar






bersiar-siar di bandar Alor Setar bersama teman-teman



Di akhir Sem tekanan samakin memuncak assigment perlu di hantar masa di habiskan untuk mengulangkaji perlajar kerana peperiksaan akhir sem hampir tiba kalau tak lulus habis la..sia-sia la berlajar 1thn 6 bulan kat ikm ada ex-perlajar IKM kene datang buat repeat paper...aku tak nak jadi mcm tu sbb rumah aku jauh kalau nak datang balik..Disebabkan akhir sem 3 ni jatuh pada bulan Ramdhan maka lepas sahur tu boleh la ulangkaji perlajaran kerana kat asrama sunyi kerana ramai tak bagun sayur yg ada pun 2 3 kerat je aku pun tak tahu knpa diorang ni susah nak bangun sahur mungkin tak puasa atau dah sahur tegah mlm tadi...lauk sahur biasanya aku beli siap2 tengah mlm tadi kalau ada duit boleh la beli nasi berlauk kalau tak de bersahurkan maggi je la selalu juga 'mama' sediakan meggi untuk aku bersahur hehehehehe. kadang-kadang star motor dgn fizi pergi cari roti canai...Time bukak puasa kalau sem 1 aku bersendirian bersama rakan yang tak de 'girlfrend' tapi kali ni aku berbuka puasa dgn 'mama' tapi tak de la selalu sangat..berbuka puasa banyak bersama rakan2 di asrama yang best ada juga yg pergi berbuka kat masjid tak pernah pergi masjid boleh pergi pulak time2 puasa ni..aku pun pernah ikut jugak nak tgk menu apa ada kat masjid..kat masjid nasi mcm lauk kenduri..patutla diorang rajin pergi berbuka kat sana..yg tak puasa pun berbuka sama hahahahaha..





mama bersama rakan sekelas selepas berbuka puasa di pekan rabu

Exam akhir sem aku hadapi degan tenang..walapun bulan puasa semua hantu di ikat tapi kat ikm time exam toyol bersepah hahahaha..bukan toyol budak kecik tu tapi nota-nota kecik yg nak bawak masuk dalam kelas time exam hahahaa..aku perhati je diorang guna 'toyol' kelakar siut mcm jenis 'toyol' ada tulis kat tangan la..tulis atas meja pun ada..tapi yg lagi otai terus selak buku tapi kalau kantoi nasib la...Akhirnya aku lulus semua subjek tak perlu la nak datang balik repeat paper...lega rasanya bila semuanya dah selesai hari2 terakhir di habiskan bersama rakan2 kerana mungkin tak akan berjumpa lagi selepas ini...kami sempat berkongsi catatan dan alamat untk di hubunggi bila habis IKM nanti..


Di Asrama kami berkemas untuk pulang segala buku nota dan drawing2 di letakkan di dalam kotak supaya senang untk menaiki bas nanti..sengaje aku bawak semua buku2 nota tu agar boleh menjadi rujukan bila dah keje nanti..ada juga aku bagi kat freshi apa yang patut supaya diorang ingat kat aku...



berpelukkan tanda perpisahan




Mama bersama rakan-rakan menanti bas untuk pulang ke kg masing-masing.


Selepas berbuka puasa aku dgn 'mama' mengambil teksi ke stesen bas sahab perdana, bagi aku tak susah nak cari teksi ini kerana driver teksi mcm dah sedia maklum perlajar IKM akan pulang bercuti mereka berpusu-pusu ke asrama kami..Di sahab perdana sudah ada rakan2 yang menunggu..ada yg sudah berangkat pulang ke destinasi masing2 ...sahab perdana riuh dan telatah kami orang lain hanye memerhati gelagat kami..ada yang menagis ada yang bersorak ada yg bakar mercun bagi mengucapkan selamat tinggal kpd rakan yg menaiki bas..aku pun begitu selepas menaiki bas mereka bersorak melambai-lambaikan tangan, sambil tersenyum aku membalas lambaian mereka, sambil menjerit selamat tinggal Alor setar!!...'mama' hanye tersenyum melihat terlatah aku...aku pergi meninggalkan tempat yg banyak terpahat memori indah...entah bila aku akan kesini lagi.....IKMAS nama mu terpahat disanubari ku.....


bergambar dgn budak freshi


sapa kenal budak sebelah tu??


Itu cerita 8tahun lalu...sekarang Alhamdulilah hasil didikan di IKM aku berkerja dalam bidang pelukis pelan..hubunggan aku degan 'mama' tak berkahir di ikm sahaje selepas 1thn mengikatkan tali pertunangan pada tanggal 2/6/2006 kami di ijab kabulkan...dan sekarang mempunyai 2 cahaya mata yang comel...kenangan di IKMAS akan terpahat di dalam memori agar dapat di ceritakan pada anak cucu..sekian.
bergambar kenangan selepas majlis graduasi IKM

aku dan mama akhirnya menjadi suami isteri yg sah..

1 comment:

tunbegia said...

tak pahamlah cerita awak, tapi menarik juga pasal ikm,

salamm,