Tuesday, July 28, 2009

Aku Budak IKM Sem 2

Selepas hampir sebulan bercuti kini tiba masanya untuk kembali semula ke IKMAS..kali ni aku masuk sem 2. Tiba di stesen bas sahab perdana kira-kira jam 5 pagi..aku dah berjanji dgn rakan-rakan untuk menunggu mereka di sini..sebelum bersama-sama menuju ke asrama. Kali ni kami tidak lagi menetap di asrama padang kerana kami telah sedia maklum asrama padang yg menyimpan banyak memori telah pun tutup bersama-sama asrama yang lain..Yang tinggal hanya asrama Puteri dan kota tanah..Di sebabkan Asrama Padang dah tutup kami menuju ke asrama Puteri bukan nak lepak degan perlajar perempuan kat sana..tapi asrama tu dah jadi asrama lelaki manaka perlajar perempuan semuanya duduk asrama baru dan juga sebahagian perlajar lelaki dan perlajar baru juga di tempatkan disitu.



Pada mulanya aku duduk di asrama puteri yg dah tukar nama kpd putera..Disebabkan desakan rakan di asrama baru supaya duduk di sana aku pun berpindah ke asrama baru..dapat juga la tgk freshi yg tegah menjalani minggu silaturahim mcm aku kene masa mula masuk IKM hehehe..Asrama baru ni merupakan 1block rumah kedai 2 tingkat laki perempuan duduk 1 bumbung so meriah la sikit..kalau dulu duduk 1 rumah ada 50 orang sekarang 1dorm ada dekat 200 org peaahh ramai gila di sebabkan asrama baru so ada la masalah dari segi ganguan air yela kalau dah 200 org 1 dorm kalau ada 4 dorm dah berapa tu.



bergambar di asrama baru pagar masih dalam pembinaan

Disebabkan asrama ni agak jauh jugak dari IKM so pihak IKM dah sewa bas bawak perlajar ke IKM ..Di IKM sem 2 ni tak banyak berubah kelas aku pun rakan2 yang sama tak de yg kene tendang keluar sebab tak cukup pointer..Tenaga pengajar pun hampir sama cuma En Rosli je dah berpindah ke IKM sg Petani..Mata pelajaran pun ada penambahan 2 3 subjek..


Kat Asrama freshi tak leh kacau sangat sebab warden tak bagi warden aku ni orang panggil En Bob badan gemuk..So bagi aku macam mana la nak menguji ketahan mental budak2 freshi ni kalau nak reging sikit pun tak boleh..rolcall pun kene buat mlm2 buta lepas En Bob dan belah...mcm tradisi sebelumnya freshi2 di beri nama hostel atau nama-nama pelik dan juga kuat kuasakan larangan merokok mcm aku kene dulu la..Aku tgk freshi ni pun layan je la apa yg kitaorang suruh buat hahahahah...bagi aku diorang tak teruk sangat kene reging tak mcm aku masa freshi dulu mungkin duduk asrama baru mcm2 tak leh buat En Bob pun setiap mlm ada kat asrama so junior dgn senior pun tak berani nak buat lebih2 lantak lahh..

Awal-awal sem2 ni tak sebuk sangat kitaorang mengisi masa lapang dekat IKM degan tidur je kadang2 gi kelas romans saje-saje je pasal kelas romans ni ramai awek cun hehehehehe...sempat la duk perhati minah aku panggil kakazie pasal diorang semua panggil mcm tu lagi pun umur dia setahun dari aku boyfriend dia baru je habis IKM sem lepas..aku tak tahu la kalau masih berhubung degan boyfriend dia ke tidak..ermmm tak pe la simpan dalam hati je..aku nak mengayat pepuan ni tak berapa reti sangat...

Nak di jadikan cerita pada hari minggu acu,speka ajak tgk wayang cite kl menjerit sampai je wayang aku tgk kakazie degan 2 3 orang budak hostel dia dah tunggu kat sana.. yg acu ni duk berkepit dgn speka fizi degan efa pulak aku?? ermm melepet la sorang-sorang kat tangga wayang nak menunggu waktu tanyangan...masuk je panggung aku duk sebelah kakazie isshh tiba2 je jantung ni berdebar-debar..apahal ni....habis cite kl menjerit diaorang ajak p jalan2 kat City Plaza kakazie nak balik degan geng dia dalam hati aku melepas la nak jalan degan dia yg cun tu...Selamat la acu duk pujuk kakazie ikut sekali dapat jugak berjalan degan kakazie ni yela diaorang degan couple masing-masing kalau kakazie ikut ada la teman nak bersembang masa berjalan nanti..tak pernah la aku berjalan degan perempuan mcm ni rasa jangal pun ada acu degan efa duk usik2 kita orang aku tgk kakazie dah merah muka..macam2 kami sembangkan dari soal personal hingga ke keluarga...walaupun kami 1 cost yg sama tapi takde peluang nak berbual macam ni...aku balik ke asrama degan perasaan yang berbunga-bunga adakah kakazie pun begitu??.....

Hubunggan aku dgn kakazie tak berakhir di situ, kat IKM aku selalu bertandang ke kelas romans pantang ada masa terluang mesti nak kesana entah mcm ada kuasa pelik menarik untuk aku kesana...kalau tak bercakap degan kakazie aku rasa 1 hari tu tak lengkap...aaahhh apa ni... aku ni dah di lamun cinta ke....atau aku seorang berperasaan mcm tu manakala kakazie tak de perasaan apa-apa kat aku..

Aku harus mengucapkan terima kasih pada fizi dan efa dalam hal ni mereka banyak membantu mengeratkan lagi hubunggan aku degan kakazie..kalau tak kerana mereka mungkin agak susah aku nak mengatur langkah yela Efa berkawan rapat degan kakazie..aku masih ingat lagi sewaktu cuti tahun baru cina aku degan fizi telah merancang percutian ke P.Pinang bersama efa dan kakazie...kami menyewa kereta kesana...disana aku meluahkan perasaan kepada kakazie, perasaan ini tidak boleh di bendung lagi kata putus harus di beri agar hati ni tidak terus bertanda soal Alhamdulilah!! aku tak bertepuk sebelah tangan...aduhhh hati ini berdebar-debar...aku memiliki perempuan yg menjadi rebutan ramai perlajar lelaki IKMAS...haaahaaaa..

efa(berdiri) bergambar dgn mama mereka ibarat adik beradik
bercuti di P.Pinang bersama fizi,efa,mama
kali pertama bergambar bersama selepas meluahkan isi hati


Dah kira comfirm kakazie dah jadi hak milik tak mutlak aku so panggilan tu kene la tukar takkan la aku nak pangil girlfriend aku ni kakak aduhhh tak romantik la..kita orang dah setuju nak panggil 'Papa' 'mama' hehehehe kelakar lak rasanya tak kawin lagi dah mengatal nak panggil mcm tu..



mama mempunyai ramai peminat di ikm

Maka kecoh la 1 IKMAS kakazie sudah menjadi kepunyaan OHM secara belum rasminya kalau dah kawin baru rasmi huhu...ada kawan2 aku yg terkejut badan kurus mcm ni boleh dapat seorang perempuan yg putih gebu potongan badan ala2 mcm ratu kebaya gitu...Bagi aku itu bukan yg aku lihat kakazie bukan sahaje cun tapi jugak bijak dalam perlajaran...selalu la aku akan rujuk kat 'mama' kalau aku tak faham sesuatu subjek...makin lama penguasaan sesuatu subjek dapat aku tingkatkan. Ramai yg gagal dalam perlajaran kerana bercinta mereka hanyut degan dunia cinta tidak pada aku, degan cinta aku dapat membuktikan aku lulus cemerlang dalam semua subjek hasil dorangan orang tersayang..Kami selalu membantu antara 1 sama lain tak kira la dari segi apa...senang susah bersama-sama...kami masih lagi menjaga batas-batas susila sebagai perlajar dan bukan muhrim...


Kami makin mesra pangilan 'papa' 'mama' jadi usikan rakan2 di IKM salah 1 treck mark kami ialah bunyi burung hahahaha kami pasangan pertama yg buat bunyi burung tu..bukan apa di sebabkan dorm 'mama' di tingkat atas agak susah kalau nak panggil takkan nak memekik takut orang kata aku ni gila masa tu tak mampu beli telifon bimbit..so degan tangan, aku buat bunyi burung..kalau bunyi burung tu 'mama' tahu la 'papa' yang panggil hahahahaha..korang jgn pikir yg bukan-bukan ye...couple lain jelous tgk track mark kami...


bergambar di kelas romans



mama bersama yus yang selalu megusik kami


Di pertengahan sem 2 ni makin banyak tugasan yang dapat tak kira drawing atau assigment, aku makin jarang pergi ke kelas romans yela nanti orang kata apa pulak aku ni duk mengedik degan 'mama' lagipu aku tak nak kacau 'mama' yg mungkin sebuk menyiapkan tugasan yela aku pun sebuk degan tugasan aku..time rehat jela kalau nak bersembang pun...pernah jugak kami bergaduh pasal apa aku tak ingat...tapi puas jugak aku memujuknya seminggu 'mama' tak nak bercakap dgn aku..aduhh susah betul kalau orang perempuan dah merajuk nak kene pujuk tension gila masa tu..tapi berkat kesabaran aku ni berjaya jugak la pujuk 'mama'...aku pun pernah merajuk jugak apabila ternampak gambar bekas boyfrend 'mama' dalam wallet dia...aduh benggang je masa tu...tapi aku ni tak pandai la nak merajuk lama-lama sebab aku tahu 'mama' lupa nak buang gambar tu...gambar je bukan ada apa pun...





Tekun menyiapkan tugasan yg diberikan






SEM 2 berakhir degan keputusan CGPA yg boleh di banggakan ni aku lulus semua subjek.. berkat doa orang tua di kg dan dorongan 'mama' yg sentiasa bersama-sama mengulangkaji perlajaran...'mama' punye CGPA tak payah cakap la antara perlajar terbaik cost aku malunya...

Di sem 1 juga mama merupakan perlajar cemerlang.En Rosli memberi hadiah.

Sem 2 aku tinggalkan degan keputusan cemerlang dan juga kenangan terindah bersama 'mama'.. kami menaiki bas di sahab perdana...sambil menanti bas ke kuala lumpur sempat jugak la menghantar rakan yg menaiki bas awal dari kami, kami bersalaman dan berpelukan ada yg menagis kerana tidak lagi menjejaki ke IKM terutama senior...aku dan 'mama' menaiki bas pukul 10mlm, menaiki bas yg sama ke distinasi yg sama...pulang berjumpa keluarga selepas 6 bulan terpisah..kami akan bercuti selama sebulan..maka selama sebulan aku dan 'mama' berpisah walaupun jarak rumah kami tidak la jauh sangat tapi bagi aku biar la 'mama' bersama keluarganya...Didalam bas 'mama' memandang aku sambil tersenyum 'mama' berkata "mama sayang papa" aku mampu tersenyum degan kata-kata2 itu sambil berkata "distinasi kita masih jauh lagi" bas terus meluncur laju ke distinasinya..............-bersambung aku budak ikm sem3-




gambar kenangan di stesen Bas sahab Perdana

Wednesday, July 15, 2009

Aku budak IKM

SEMESTER 1


Aku budak IKM, ye aku memang dah lama nak bercerita tetang kenangan aku di IKM. Cerita bermula selepas aku tamat SPM tahun 2000 dan keputusan yg SPM yg aku dapat cukup2 makan je bak kata org kalau nak masuk Universiti tu sah2 tak dapat punye so utk tidak menghampakan org tua aku pun mohon masuk IKM..Mula2 tu aku ingat nak keje je tapi org tua aku suruh sambung berlajar aku pun ikut jela isi borang IKM tu pun aku main letak je krusus ikut kelayakkan keputusan SPM, kalau tak silap ada 3 pilihan yg kita boleh pilih krusus apa yg kita nak amik.Apa yg aku ingat krusus pertama aku mintak jurusan komputer krusus yg kedua aku isi jurusan teknologi kejuruteraan awam dan lukisan struktur yg ketiga aku isi kejuteraan bagunan.

Lepas 4 bulan mcm tu aku diterima masuk ke IKM aku dapat IKM Alor Star jurusan Teknologi kejuruteraan awam dan lukisan struktur peaaah nama jurusan tu bila aku tgk pun ngeri entah apa la diorang ajar nanti boleh ke aku hadapi semua ni...risau aku..

Aku masuk sesi JUL2001 hingga DIS2002, Part yg paling Best bila sampai IKM Alor star masa tu org tua aku yg hantarkan bila sampai je sana bukan aku seorang je terkejut kalau sapa yg first time sampai IKM tu mesti terkejut, bangunan pertama yg korang nampak ialah pagoda cina aku pun buat andaian ni mungkin budak IKM yg bina hehehe..sapa yg tak tahu mcm mana rupa pagoda tu kang gi kedai runcit cari kacang cap pagoda tgk gambar dekat kacang tu mcm tu lah rupanya. Mula2 aku duk terbayang mcm Institut Pegajian yg lain tapi bagi aku IKM Alor Star lain pada yg lain bukan kerana pagoda yg aku cite tu sbb bagunan IKM tu terletak kat berlakang pagoda tu tapi IKM ni antara yg tertua di malaysia so kalau dah tua tu bagunan dia pun mcm dah lama la perlajar dia pun tak seramai mcm IKM lain.

atas bagunan IKMAS berlatabelakang menara Alor Star

Masuk je kawasan IKM tu aku tgk dah ramai ibubapa degan perlajar baru yg sekali dgn aku duk buat pendaftaran mata aku masa tu duk menilau tgk kawasan IKM, errmmm kecik betul IKM ni aku berkata dalam hati, Masa tu perlajar senior duk perhati kita orang yg baru daftar gaya dia orang tgk mcm nak terkam je. muka lak tu begis. issshhh releks la tahu la senior..Lepas buat pendaftaran kita org di bahagikan beberapa kumpulan lelaki dan perempuan untuk di hantar ke asrama masing2 masa aku perhati kawasan IKM aku tak nampak pun bangunan asrama ermmmm pelik jugak aku masa tu..mana la diorang nak humban kita org ni...Aku di letakkan di Asrama Padang kahhh....kahhh aku degar nama asrama tu aku dah tergelak tapi dalam hati la kalau gelak kuat2 kang abang senior yg duk uruskan kita org ni humban aku masuk dalam sungai kedah kat belakang IKM tu..


ok di sebabkan IKM alor star tak de kemudahan asrama kami di tempatkan di rumah2 kg yg terletak di sekitar IKM alor star(IKMAS) MARA sewa rumah2 org kg untuk jadi peginapan studen2 IKMAS. Macam aku cakap tadi aku di tempat kan di asrama Padang rupanya baru aku tahu kenapa nama mcm tu Asrama padang ni di ambil sempena nama jalan yg nak masuk asrama tu...jgn la korang tanye knpa nama jln tu nama padang tu kene tanye JKR kedah.. Aku rasa nama asrama aku je pelik nama asrama org lain semua cantik antaranya Baginda ceeh wahh..lagi yg aku ingat nama asrama lain Air Putih,bendahara,inai tu je la kot yg pepuan lak asrama kota tanah, puteri degan tengku entah tengku mana yg duduk dalam tu aku pun tak tahu...

Sampai2 je asrama padang tu dekat depan peeaaahh rumah besar masing2 dah tersenyum dapat asrama besar hahahha tapi knpa abg senior ni bawak p belakang takkan nak masuk ikut pintu belakang la rupanya depan tu tadi rumah tuan rumah yg kitaorang duk menyewa asrama kitaorang belakang rumah dia aduhai ni asrama ke reban ayam nak masuk pun kene tunduk kepala kalau tak tunduk mahu terantuk kepala dekat frame pintu..bagi aku lantakla janji ada tampat tinggal takkan nak sewa hotel mana nak cekau duit nak masuk IKM pun org tua aku bergolok bergadai..ada 2 rumah kiri dan kanan, kiri betul2 belakang rumah besar tu aku duk situ dalam rumah tu ada 1 bilik je ruang tamu jadi bilik no 2, bilik air ada 1. kalau tak silap masa tu kitaorang yg budak baru ni ada 15 org so bagi 2 7 rumah kiri 8 rumah kanan..

Mcm biasala kalau dah perlajar baru mesti ada minggu suai kenal kalau kat sini di panggil minggu silaturahim..best ke minggu silaturahim ni, ni yang aku nak cerita bagi kami 5 hari menjalani minggu silaturahim mcm 5 bulan dia punye seksa hanye tuhan sahaje yang tahu..rugila sapa tak merasa minggu silaturahim ni. Masa tu duk ingat mak bapak jela rasa mcm nak lari balik pun ada hehehe..bayangkanlah kalau dalam masa 5 hari ni kene bangun seawal 5 pagi lepas tu kene menapak gi IKM kene lak asrama aku ni jauh sikit dari IKM kalau tak silap sejauh 1km. lepas tu kene sampai sebelum azan subuh berkumandang sebab nak sembahyang berjemaah dekat masjid depan IKM. Sampai2 je BPP atau Badan Perwakilan Perlatih dah tunggu ala kalau kat sek diorang ni mcm pegawas la..diorang ni yg duk handle minggu silaturahim muka masing garang nak mampus..di sebabkan asrama aku paling jauh so acap kali la kitaorang ni lambat dan acap kali la kena denda kena lompat bintang la kene jalan itikla kene naik basikal gi bulan la tekan tibu la tu antara denda wajib sapa yg buat silap masa minggu silaturahim. Masa tu kalau seorang buat silap semua kene itu yg penting nak mengajar erti kerjasama antara ahli kumpulan..Nak menambah lagi penderitaan kami yg sememangnya tegah menderita ni budak BPP ni bagi setiap seorang telur 2 bijik pepuan laki semua dapat ni kira mcm amanah sapa tak jaga amanah degan betul ada la habuan dia..so dalam masa 5 hari ko nak kene jaga telur jgn kasi pecah..maksud aku telur ayam tu la bukan telur lain yg korang duk pikir tu huhuhu..

Bab jaga telur atau amanah tu ramai yg kecundang bayangkan lah degan aktiviti yg padat nak kene jaga telur tu lepas sembahyang subuh ada senaman pagi masing2 kene pegang telur masing2 maksud aku telur ayam tu tadi la korang jgn duk pikir lain..aduhhh..lepas tu ada ceramah mcm2 tajuk la langsung aku tak amik port penceramah kat depan kepala ni ingat nak tidur je bukan aku seorang semua mcm tu mata2 masing sayup2 je mcm nak lelap kang pejam mata kan datang BPP kene conteng lak muka dgn marker pen..lepas ceramah ada la aktiviti berkumpulan mcm2 aktiviti la masa tu, salah satu aktiviti saringan kene mintak tanda tangan BPP isshh nak mintak tanda autograf diorang bukannya senang megalahkan artis kalau ada 15 org BPP laki dan perempuan 15 org tu la kita kene mintak kene ikut la apa yg diorang suruh buat ada yg kene menyanyi la kene lopat katak la mcm2 kiranya masa tu dah mcm budak luruh bendul la kene ikut je cakap BPP sebab nak mintak autograf diorang kalau tak complete sampai habis minggu silaturahim dapat la habuannya. Cite telur tadi tak habis lagi sebenarnya ada la seorang kawan aku ni nama dia wan sekarang dah jadi cikgu masa kat masjid lepas sembahyang zohor masing kelam kabut pasal BPP dah memekek suruh cepat kawan aku ni tadi letak la telur dia dalam poket baju masa tu nak pakai kasut bila tunduk je lutut dia kene poket yg ada telur tu tadi preaappp! telur tu tadi pecah dalam baju kaahhhhh.....kahhhh kita org punye gelak sampai nak pecah perut kawan aku ni dah cuak mana tak cuak dah telur pecah dalam poket baju mcm mana nak basuh dah la baju tu nak kene pakai sepanjang minggu silaturahim...Abg BPP dah bising nak taknak kawan aku tu basuh la juga kene la pakai baju basah degan haruman telur tu tadi hehehehe..kalau telur pecah korang tahu habuan dia apa hahahaha jawapnya kene bawak batu bata kehulu kehilir mcm bawak telur tu tadi..bagi aku baik bawak batu bata dari bawak telur tu...

Setiap hari sepanjang minggu silaturahim aktiviti akan tamat lepas isyak lepas tu balik asrama masing2 sampai asrama senior dah tunggu mcm asrama aku ada senior je sebab asrama kecik asrama lain ada junior dgn senior kitaorang di panggil freshi.Nak masuk dalam rumah kene bagi salam lepas tu beratur check nama takut ada yg tercicir tgh jalan mana la tahu takut kene sorok dgn hantu ke hehe..dah la jalan nak ke asrama tu gelap..senior aku ni kira ok la jugak ta mcm asrama lain degar cite sampai takleh tidur kene 'raging' dgn senior dalam asrama. Senior aku ok bagi kita orang tidur sbb tahu kitaorang penat..hehehe baik la tu lepas ni siap la....

kemuncak minggu Silaturahim ialah Qialmulai atau bagun malam untk beribadat...ramai kantoi mula2 tu ok la lepas masuk solat tasbih semua dah lentok yg kelakar tu ada yg sujud tak bangun2 entah apa yg dia mimpi sampai tak bangun hehehe habis pakat gelak batal sembahyang tinggal tok imam dgn 2 3 kerat yg meneruskan ibadat yg lain sambung tidur kat belakang jahat betul.. huhu..

Berakhir minggu silaturahim maka la berakhir la penderitaan kami selama seminggu. Maka bermula sesi pelajaran mcm aku cakap awal2 tadi aku mengambil jurusan Teknologi Kejuruteraan awam dan lukisan struktur atau TELKAS. First masuk kelas kami di bahagi kepada 2 kelas aku di letakkan di kelas gothic kelas sebelah di beri nama Romans, kami di perkenalkan kepada tenaga2 pegajar yg akan mengajar kami di di dalam TELKAS..antaranya yg aku ingat En Tojiman ketua krusus En Wan salahuddin kecik je orangnya En Rosli lembut tapi garang, cik Azian dia ni yg jaga kelas aku, cik Marina degan En Sharin dia ni En paling sempoi kat IKM..Masa tu En Tojiman cite la sikit apa itu TELKAS baru la aku faham skop pegajaran dia dan kerjaya yg kita akan ceburi lepas IKM ni nanti..selain 'course' aku ada la 2 3 'course' lain kat IKM antannya Teknologi Seni Bina(TSB), Teknologi kejuteraan Bangunan (KAB),Teknologi Reka Bentuk Pembuatan Perabut (TRPP)

Diawal semester 1 kami di ajar teknikal drawing mcm mana nak melukis dan menulis dgn betul bayangkan kene tulis ABC sampai Z degan pensil mcm budak sekolah drajah 1 hehehe..tpi degan teknik yg betul la jgn main2 tau tu semua ada point. Mcm2 kami didedah kan tentang taknikal drawing tgk mcm senang tapi susah gila kertas lukisan tak leh comot sebab setiap yg kita lukis akan di kira markah,kene lak yg megajar tu cerewet mcm En Rosli dah la lembut tapi garang aku suka teknik dia megajar sebab kita mudah faham apa yg dia ajar entah kat mana la En Rosli ni sekarang, itu dari segi teknikal drawing selain tu kami juga di ajar tiori pembinaan sesuatu bangunan, berlajar buat servey drawing mata perlajaran servey ni best sebab boleh keluar yela takkan nak teropong dalam kelas nampak apa dalam kelas.Kat IKM pun kene berlajar BahasaInggeris Matematik tambahan Pegajian Islam mcm sekolah la pulak tapi kalau fail semua tu kene repeat paper la jawapnya.


budak2 kelas Romans bergambar bersama En Rosli berlatar belakangkan pagoda cina
tekun menyiapkan tugasan yang diberi




Darikiri speka, aku, amok, lemau

salah 1 aktiviti di IKM lawatan ke tapak bina

Itu cite kat IKM kat asrama lak apa cite..ni la masanya senior nak 'ragging' kitaorang sebab masa minggu silaturahim diorang tak kacau sangat kali ni siap la..kita orang di arah berkumpul di dalam asrama atau dipanggil 'rocall' masa tu budak freshi kene duduk atas lantai senior duduk atas katil megelingi kami yg duduk bawah..ketua asrama aku memang garang Abg Jan nama dia jarang nak tgk dia senyum..masa tu freshi kene kenalkan diri masing2 di sebabkan nama ni susah nak ingat so dah jadi tradisi senior akan bagi nama samaran yg senang ingat kat freshi..masa ni mcm2 nama keluar dan aku telah di beri gelaran OHM apa tu hahahahah aku pun tak tahu tapi tu abg senior yg bagi kalau tak silap Abg jana budak sabak bernam yg bagi nama tu kat aku..ok la tu jgn dia letak mangkuk jamban sudah gelaran OHM tu melekat sampai sekarang kalau org sebut nama betul compom diorang tak kenal..yg masih aku ingat nama samaran budak asrama aku antaranya Mentol(aswandi) budak TELKAS badan bulat mcm mentol, Speka(faiz) TELKAS asal abg senior letak nama samaran dia mangkuk disebabkan ada perkara tertentu diorang tukar pada spekar,Lemau (zulkarnai) TELKAS muka dia lemau je,Perut(aku lupa nama betul) perut buncit budak TSB, Sengih (Azmi) dia ni selalu sengih ada asma budak KAB, Badut(yazid) dia ni org pangil dia Jack kitaorang tak pangil dia badut dia ni budak KAB. Pauh(firdaus) badan besar bangun pagi dia paling kelam kabut sekali budak KAB, Batik(lupa nama betul) dia ni selalu kene buli sampai nak lari balik hehehe budak KAB. Tu antara nama yg aku ingat bnyak lagi nama pelik kat IKM sebenarnya antaranya Kulup(aril) budak kelas aku korang tanye la sapa2 apa maknanya kulup, Terung(fizi) dia asal terung perak,sawang(hakim) mungkin rambut dia mcm saang kot, Pak Tua(ghazali/rondom)dalam kelas dia org paling tua hahaha...bnyak lagi la kalu nak sebut memang penuh muka surat ni.

Bergambar bersama senior yang sporting menjaga kami Pacat duduk dibawah peah di sebelah kanan, Tin ditegah-tengah dan di belakang aku mentol
Besama bro Tin degan tv baru asrama,

Selain tu masa awal sem budak freshi yg merokok dilarang untuk hisap rokok pada mlm sebelum perintah larangan merokok di laksanakan kami dibenarkan hisap rokok sepuas-puasnya masa tu 1 rumah penuh degan asap rokok ada yg kene hisap 2 batang sekali gus. Untk permulaan kami di larang utk merokok selama 3bulan kalau ada sapa yg kantoi degan senior tempoh pengantungan akan di lanjutkan peeehhhh mcm dalam penjara la pulak tak leh buat tu tak leh buat ni..lagi 1 freshi dilarang bagun sekali degan senior yela bilik air ada 1 kang berebut la pulak masa kita orang bagun senior duk berdengkur lagi...Macam minggu silaturahim jugak kami di kehendaki mintak autograf senior dalam asrama ni aku tak kisah la diorang suruh buat apa pasal dalam asrama masa ni mcm2 la kene buat naik lif walaupun takde lif hehe..nyanyi negaraku sambil lipat kain pelekat silap2 nampak la tut...tut..lepas tu ada la senior yg suruh buat bende yg aku rasa tak perlu la aku cite kat sini kerana tak sesuai utk bacaan umum..kat asrama aku ada la seorang senior walaupun tak normal mcm org lain tapi kitaorang hormat dia, dia la senior paling aku sayang nama samaran dia Tin(hafiz) budak KAB mulut dia boleh tahan la kalau nak maki org..tapi dia la yg jga kita orang sampai habis sem nampak je garang tapi penakut. Senior yg paling sporting Pacat(kamarudin) budak TSB dia ni memang baik best studen IKMAS tukang gunting rambut aku hehehe..Senior yg selalu kene buli degan senior yg lain nama dia Peah(hafiz) aku pun tak tahu knpa senior lain anti dia sangat terutama Tin degan jana yg bg nama aku tadi..Abg peah ni best studen IKMAS..diorang la yg selalu bersama kami..yg paling aku tak suka degan jana dia ni panas baran kalau dia megamuk siap semua barang dia hempas pernah dia tendang dinding sampai pecah dinding kayu la kalau dinding batu ke hospital la jawapnya.





Jana sedang menghempap budak freshi, Speka tak berbaju Perut berbaju biru mentol berseluar jeans narong kiri sekali. Di ruang tamu ini la rocall diadakan...

Berjalan kaki pergi ke IKM disebelah kiri speka dan disebelah kanan perut

Budak freshi ikm dari kiri pakblue(TSB), jai belakang pak blue(KAB), komeng(KAB), sengih(KAB),aku,lemau(TELKAS),kalai (KAB)dan batik(KAB).


Aku masih ingat masa pertama kali kami budak freshi keluar pergi bandar Alor Star kami di bawak oleh bro Tin dia la tunjukkan kat mana nak beli barang2.Masa tu bandar degan tmpat tinggal kami takde la jauh sangat boleh jalan kaki je..jalan ikut tanjung chali, tanjung chali ni port budak IKM 'dating' petang2 ni ada yg tersenyum kalau ingat tanjung chali..Selalunya tmpat biasa kami pergi city plaza dan kawansan sekitarnya Pekan rabu tmpat lepak..nak jauh lagi Star Prade..tempat makan tak perlu risau biasanya kami makan kat kedai Pak anjang lorong sebelah asrama aku makanan kat sini amat la murah nasi RM1 dapat la ikan seekor dgn sayur..



Keluar berjalan2 di bandar alor star

Tu cite awal2 sem pertengahan sem cite lagi menarik masa2 ni dah mula dah cintan2 kat IKM kat kelas aku saje ada 3 couple entah masa bila la diorang ni mengayat aku pun tak tahu, disebabkan permintaan pihak tertentu aku takleh la cite sapa pasangan tu sbb masing-masing dah buat haluan sendiri, ada 1 couple je kekal sampai sekarang Ida degan Pak tua diorang kat kelas asyik berkepit je pantang tak de Pengajar..mesti berkepit Ida ni kecik je orangnya tapi suara kuat PakTua ni orng panggil pak tua pasal dia ni antara ramai2 dia la yg paling tua. Bagi aku diorang ni kira sesuai la..Alhamdulilah dah ada seorang cahaya mata sekarang ni..Aku?? huhu sapa lak nak kat aku ni..yg tak bestnya awek cun2 kat IKM semua senior dah kebas..budak kelas aku bukan takde yg cun tapi malas la nak bercinta 1 kelas tengok mcm pak tua selalu kene marah degan Ida sebab tidur dalam kelas huhu..kelas romans ada juga aku duk perhati minah seorang tu tapi abg senior dah amik dulu, aaahhh lantaklah..apa la diorang ni dgn senior pun nak couple diorang bukan tak tahu senior dah last sem lepas ni jadi janda la korang heheheheh...Masa ni kami dah sebok degan assignment drawing makin bnyak nak kene buat..aduhh letih...

paktua dan isterinya ida bercinta masa sem 1 IKM



bergambar kenangan sebelum bertolak ke majlis jamuan rakyat bersama sultan kedah

Kat asrama 'rocall' tetap ada walaupun dah pertengahan sem kalau rocall biasanya abg Jan yg akan panggil kalau ada bende yg freshi buat hal mcm tak tulis nama dalam buku keluar masuk bende tu dia cukup pantang kalau ada freshi tak tulis kalau pergi mana2 sebab takut warden check lagi 1 pantang dia asrama tak bersih sebab walaupun asrama kitaorang ni nampak mcm setinggan tapi kebersihan tetap di utamakan setiap hari akan ada giliran bertugas bersihkan asrama komeng dia ni ketua kebersihan asrama aku selalu kene marah degan abg jan kalau asrama tak bersih hehehe...Masa ni freshi dah ada lesen hisap rokok aku telah dilantik sebagai 'tokan' jual rokok hehe..Ada la kawan aku seorang ni nama dia speka dia 1 'course' dgn aku tapi kelas romans dia ni asal tak hisap rokok tapi entah mcm mana dia tgk kita orang hisap rokok dalam bilik tiba2 nak cuba hisap aku la tukang ngajar mcm mana nak hisap rokok hahahah...aku pun heran knpa dia ni beria nak hisap rokok nak kata putus cinta masa tu kalau tak silap dia tak couple lagi dgn acu budak kelas aku..mungkin ada masalah lain kot..speka ni dia kawan baik aku kat asrama ada persamaan antara kami.kami berkongsi 1 almari, tarikh lahir kami sama, cita2 kami juga sama tapi dia dah berjaya mengejar cita2 sekarang dah keje kat Bukit Aman..Dia ni menyemart no1 almari dia paling kemas baju semua berlipat..bertuah acu dapat laki mcm tu, diorang couple masa nak dekat habis sem 1 sekarang dah ada 2 orang anak..Aku???ermm nanti la aku cite....




Bergambar bersama Speka kami berkongsi tarikh lahir yang sama dan cita2 ang sama.





Di akhir-akhir sem merupakan 1 tempoh yg kritikal yela masa ni bnyak bende nak kene buat assigment nak kene hantar, drawing sekarang dah tak lukis pakai pensil kita orang pakai taknikal pen huhu..pen ni paling susah nak jaga lebih2 lagi pen 0.1 mata dia halus kalau jatuh alamat beli baru la..disebabkan banyak drawing nak kene hantar maka terpaksa la kitaorang ni stayback kat IKM sampai malam,aku selau stayback degan fizi atau terong budak asrama air putih tak best nya bila balik mula2 ok la aku jalan degan si fizi lepas sampai lorong hostel dia kami berpecah aduh dah la jalan asrama aku gelap lepas tu kene lalu rumah kosong aku baca la apa yg patut mintak2 'dia' tak muncul masa aku lalu..issh seram...nak buat mcm mana drawing nak kene hantar sebab kalau fail yg tu nak masuk sem depan agak susah la sebab mata plajaran taknikal drawing penyumbang cgpa paling tinggi so kalau fail alamt tak jumpa la sem depan ada la 2 3 org kawan aku tak lepas masuk sem 2 sbb drawing bnyak tak hantar..sedih..

Akhir sem juga jatuh pada bulan puasa first time aku berpuasa jauh dari keluarga seronok juga puasa kat asrama pasal bukak puasa ramai2 masing2 bagun untuk bersahur kira meriah la masa sahur tu..tapi masa mula2 puasa la sah pertegahan puasa tu masa bukak puasa tinggal berapa kerat je yela masing ada couple masing2 so kene la bukak puasa degan awek masing kene lak masa hari minggu aduhhh aku ingat lagi masa tu aku bukak puasa dgn Bro Tin 2org je kat asrama sedihnya yela nak buat mcm mana sapa tak suruh cari girlfrend...Tempat biasa budak IKM bukak puasa kalau tak silap aku restoran kat tanjung chali kat situ makanan dia boleh tahan la sedapnya..

bergambar kenangan bersama Abg Jan ketua asrama


Senior Asrama Padang duduk kiri Tin, Abg jan, Yg tu aku lupa nama, berdiri berlakang dari kiri waksir, bachok, pacat

Jamuan perpisahan asrama padang

kat IKM makin sebok peperiksaan akhir sem sudah bermula untuk semua subjek so mcm aku cakap tadi kalau kurang CGPA sem depan tak jumpa la muka aku kat IKM..tapi Alhamdulilah aku fail 2 paper je tapi CGPA aku tinggi sebab semua drawing aku hantar mata perlajaran yg fail sem depan boleh repeat balik..tapi aku kehilangan 2 rakan dari kelas romans pak An degan amuk..pak an sekarang anggota polis dah berkawin degan budak kelas dia Maizura nama bini dia, diaorang tak bercinta kat IKM tapi lepas Maizura habis IKM dia dapat keje kat k.l. kebetulan Pak An pun keje kat k.l degan kerjasama rakan2 diorang di pertemukan so mungkin dah jodoh diorang akhirnya ke jinjang pelamin jugak..amok entah la mana la budak tu sekarang...


Mai zura degan suaminya Pak An bahagia degan seorang cahaya mata

Selepas 6bulan di semester 1 tiba la masa utk cuti semester tahun depan aku masuk semester 2...masa ni la saat paling sedih kerana terpaksa berpisah degan senior yela diorang ni la bnyak menjaga kitaorang lebih2 lagi senior asrama aku terutama Abg Jan ketua asrama walaupun jarang senyum tapi disaat perpisahan dia menagis mcm budak kecik kami berpelukan mcm taknak dia pergi masing2 menitiskan air mata kami anggap Abg Jan mcm abg kami dia sempat membuat permintaan terakhir "jgn lupa buang sampah" huhu lepas tu Bro Tin ayah dia datang amik sekali lagi drama air mata ditayangkan kami berpelukan..dia senior paling kami sayang sebab dia sentiasa bersama kami huhuhu.. tu cite kat asrama mlm tu kat stesen bas sahab perdana lagi meriah degan Budak IKMAS nak balik kg masing2 mcm biasa la ada drama air mata..sapa yg couple degan abg senior mula duk menagis2 sem depan tak leh jumpa pppp la sapa suruh hampa couple degan senior hehehehe...aku menaiki bas pulul 10.00pm menuju ke K.L selepas bersalaman degan kawan2 degan senior2 Jana,pacat,peah yg menghantar aku..aku pun meninggal kan Alor Star degan kenangan semester 1 di IKMAS yg cukup manis untuk di kenang, bnyak peristiwa sepanjang di sem1 bermain dikotak fikiran ku..aaahhh mcm mana lah agaknya aku di semester 2 adakah aku bertemu jodoh di semester 2..adakah aku boleh menghadapi sesi perlajaran yg mungkin lagi mencabar..akhirnya aku terlelap degan persoalan2 tu.........bas terus meluncur laju menuju Ibu kota......-TAMAT-

bersambung di Sem 2 tunggu.......