Tuesday, July 28, 2009

Aku Budak IKM Sem 2

Selepas hampir sebulan bercuti kini tiba masanya untuk kembali semula ke IKMAS..kali ni aku masuk sem 2. Tiba di stesen bas sahab perdana kira-kira jam 5 pagi..aku dah berjanji dgn rakan-rakan untuk menunggu mereka di sini..sebelum bersama-sama menuju ke asrama. Kali ni kami tidak lagi menetap di asrama padang kerana kami telah sedia maklum asrama padang yg menyimpan banyak memori telah pun tutup bersama-sama asrama yang lain..Yang tinggal hanya asrama Puteri dan kota tanah..Di sebabkan Asrama Padang dah tutup kami menuju ke asrama Puteri bukan nak lepak degan perlajar perempuan kat sana..tapi asrama tu dah jadi asrama lelaki manaka perlajar perempuan semuanya duduk asrama baru dan juga sebahagian perlajar lelaki dan perlajar baru juga di tempatkan disitu.



Pada mulanya aku duduk di asrama puteri yg dah tukar nama kpd putera..Disebabkan desakan rakan di asrama baru supaya duduk di sana aku pun berpindah ke asrama baru..dapat juga la tgk freshi yg tegah menjalani minggu silaturahim mcm aku kene masa mula masuk IKM hehehe..Asrama baru ni merupakan 1block rumah kedai 2 tingkat laki perempuan duduk 1 bumbung so meriah la sikit..kalau dulu duduk 1 rumah ada 50 orang sekarang 1dorm ada dekat 200 org peaahh ramai gila di sebabkan asrama baru so ada la masalah dari segi ganguan air yela kalau dah 200 org 1 dorm kalau ada 4 dorm dah berapa tu.



bergambar di asrama baru pagar masih dalam pembinaan

Disebabkan asrama ni agak jauh jugak dari IKM so pihak IKM dah sewa bas bawak perlajar ke IKM ..Di IKM sem 2 ni tak banyak berubah kelas aku pun rakan2 yang sama tak de yg kene tendang keluar sebab tak cukup pointer..Tenaga pengajar pun hampir sama cuma En Rosli je dah berpindah ke IKM sg Petani..Mata pelajaran pun ada penambahan 2 3 subjek..


Kat Asrama freshi tak leh kacau sangat sebab warden tak bagi warden aku ni orang panggil En Bob badan gemuk..So bagi aku macam mana la nak menguji ketahan mental budak2 freshi ni kalau nak reging sikit pun tak boleh..rolcall pun kene buat mlm2 buta lepas En Bob dan belah...mcm tradisi sebelumnya freshi2 di beri nama hostel atau nama-nama pelik dan juga kuat kuasakan larangan merokok mcm aku kene dulu la..Aku tgk freshi ni pun layan je la apa yg kitaorang suruh buat hahahahah...bagi aku diorang tak teruk sangat kene reging tak mcm aku masa freshi dulu mungkin duduk asrama baru mcm2 tak leh buat En Bob pun setiap mlm ada kat asrama so junior dgn senior pun tak berani nak buat lebih2 lantak lahh..

Awal-awal sem2 ni tak sebuk sangat kitaorang mengisi masa lapang dekat IKM degan tidur je kadang2 gi kelas romans saje-saje je pasal kelas romans ni ramai awek cun hehehehehe...sempat la duk perhati minah aku panggil kakazie pasal diorang semua panggil mcm tu lagi pun umur dia setahun dari aku boyfriend dia baru je habis IKM sem lepas..aku tak tahu la kalau masih berhubung degan boyfriend dia ke tidak..ermmm tak pe la simpan dalam hati je..aku nak mengayat pepuan ni tak berapa reti sangat...

Nak di jadikan cerita pada hari minggu acu,speka ajak tgk wayang cite kl menjerit sampai je wayang aku tgk kakazie degan 2 3 orang budak hostel dia dah tunggu kat sana.. yg acu ni duk berkepit dgn speka fizi degan efa pulak aku?? ermm melepet la sorang-sorang kat tangga wayang nak menunggu waktu tanyangan...masuk je panggung aku duk sebelah kakazie isshh tiba2 je jantung ni berdebar-debar..apahal ni....habis cite kl menjerit diaorang ajak p jalan2 kat City Plaza kakazie nak balik degan geng dia dalam hati aku melepas la nak jalan degan dia yg cun tu...Selamat la acu duk pujuk kakazie ikut sekali dapat jugak berjalan degan kakazie ni yela diaorang degan couple masing-masing kalau kakazie ikut ada la teman nak bersembang masa berjalan nanti..tak pernah la aku berjalan degan perempuan mcm ni rasa jangal pun ada acu degan efa duk usik2 kita orang aku tgk kakazie dah merah muka..macam2 kami sembangkan dari soal personal hingga ke keluarga...walaupun kami 1 cost yg sama tapi takde peluang nak berbual macam ni...aku balik ke asrama degan perasaan yang berbunga-bunga adakah kakazie pun begitu??.....

Hubunggan aku dgn kakazie tak berakhir di situ, kat IKM aku selalu bertandang ke kelas romans pantang ada masa terluang mesti nak kesana entah mcm ada kuasa pelik menarik untuk aku kesana...kalau tak bercakap degan kakazie aku rasa 1 hari tu tak lengkap...aaahhh apa ni... aku ni dah di lamun cinta ke....atau aku seorang berperasaan mcm tu manakala kakazie tak de perasaan apa-apa kat aku..

Aku harus mengucapkan terima kasih pada fizi dan efa dalam hal ni mereka banyak membantu mengeratkan lagi hubunggan aku degan kakazie..kalau tak kerana mereka mungkin agak susah aku nak mengatur langkah yela Efa berkawan rapat degan kakazie..aku masih ingat lagi sewaktu cuti tahun baru cina aku degan fizi telah merancang percutian ke P.Pinang bersama efa dan kakazie...kami menyewa kereta kesana...disana aku meluahkan perasaan kepada kakazie, perasaan ini tidak boleh di bendung lagi kata putus harus di beri agar hati ni tidak terus bertanda soal Alhamdulilah!! aku tak bertepuk sebelah tangan...aduhhh hati ini berdebar-debar...aku memiliki perempuan yg menjadi rebutan ramai perlajar lelaki IKMAS...haaahaaaa..

efa(berdiri) bergambar dgn mama mereka ibarat adik beradik
bercuti di P.Pinang bersama fizi,efa,mama
kali pertama bergambar bersama selepas meluahkan isi hati


Dah kira comfirm kakazie dah jadi hak milik tak mutlak aku so panggilan tu kene la tukar takkan la aku nak pangil girlfriend aku ni kakak aduhhh tak romantik la..kita orang dah setuju nak panggil 'Papa' 'mama' hehehehe kelakar lak rasanya tak kawin lagi dah mengatal nak panggil mcm tu..



mama mempunyai ramai peminat di ikm

Maka kecoh la 1 IKMAS kakazie sudah menjadi kepunyaan OHM secara belum rasminya kalau dah kawin baru rasmi huhu...ada kawan2 aku yg terkejut badan kurus mcm ni boleh dapat seorang perempuan yg putih gebu potongan badan ala2 mcm ratu kebaya gitu...Bagi aku itu bukan yg aku lihat kakazie bukan sahaje cun tapi jugak bijak dalam perlajaran...selalu la aku akan rujuk kat 'mama' kalau aku tak faham sesuatu subjek...makin lama penguasaan sesuatu subjek dapat aku tingkatkan. Ramai yg gagal dalam perlajaran kerana bercinta mereka hanyut degan dunia cinta tidak pada aku, degan cinta aku dapat membuktikan aku lulus cemerlang dalam semua subjek hasil dorangan orang tersayang..Kami selalu membantu antara 1 sama lain tak kira la dari segi apa...senang susah bersama-sama...kami masih lagi menjaga batas-batas susila sebagai perlajar dan bukan muhrim...


Kami makin mesra pangilan 'papa' 'mama' jadi usikan rakan2 di IKM salah 1 treck mark kami ialah bunyi burung hahahaha kami pasangan pertama yg buat bunyi burung tu..bukan apa di sebabkan dorm 'mama' di tingkat atas agak susah kalau nak panggil takkan nak memekik takut orang kata aku ni gila masa tu tak mampu beli telifon bimbit..so degan tangan, aku buat bunyi burung..kalau bunyi burung tu 'mama' tahu la 'papa' yang panggil hahahahaha..korang jgn pikir yg bukan-bukan ye...couple lain jelous tgk track mark kami...


bergambar di kelas romans



mama bersama yus yang selalu megusik kami


Di pertengahan sem 2 ni makin banyak tugasan yang dapat tak kira drawing atau assigment, aku makin jarang pergi ke kelas romans yela nanti orang kata apa pulak aku ni duk mengedik degan 'mama' lagipu aku tak nak kacau 'mama' yg mungkin sebuk menyiapkan tugasan yela aku pun sebuk degan tugasan aku..time rehat jela kalau nak bersembang pun...pernah jugak kami bergaduh pasal apa aku tak ingat...tapi puas jugak aku memujuknya seminggu 'mama' tak nak bercakap dgn aku..aduhh susah betul kalau orang perempuan dah merajuk nak kene pujuk tension gila masa tu..tapi berkat kesabaran aku ni berjaya jugak la pujuk 'mama'...aku pun pernah merajuk jugak apabila ternampak gambar bekas boyfrend 'mama' dalam wallet dia...aduh benggang je masa tu...tapi aku ni tak pandai la nak merajuk lama-lama sebab aku tahu 'mama' lupa nak buang gambar tu...gambar je bukan ada apa pun...





Tekun menyiapkan tugasan yg diberikan






SEM 2 berakhir degan keputusan CGPA yg boleh di banggakan ni aku lulus semua subjek.. berkat doa orang tua di kg dan dorongan 'mama' yg sentiasa bersama-sama mengulangkaji perlajaran...'mama' punye CGPA tak payah cakap la antara perlajar terbaik cost aku malunya...

Di sem 1 juga mama merupakan perlajar cemerlang.En Rosli memberi hadiah.

Sem 2 aku tinggalkan degan keputusan cemerlang dan juga kenangan terindah bersama 'mama'.. kami menaiki bas di sahab perdana...sambil menanti bas ke kuala lumpur sempat jugak la menghantar rakan yg menaiki bas awal dari kami, kami bersalaman dan berpelukan ada yg menagis kerana tidak lagi menjejaki ke IKM terutama senior...aku dan 'mama' menaiki bas pukul 10mlm, menaiki bas yg sama ke distinasi yg sama...pulang berjumpa keluarga selepas 6 bulan terpisah..kami akan bercuti selama sebulan..maka selama sebulan aku dan 'mama' berpisah walaupun jarak rumah kami tidak la jauh sangat tapi bagi aku biar la 'mama' bersama keluarganya...Didalam bas 'mama' memandang aku sambil tersenyum 'mama' berkata "mama sayang papa" aku mampu tersenyum degan kata-kata2 itu sambil berkata "distinasi kita masih jauh lagi" bas terus meluncur laju ke distinasinya..............-bersambung aku budak ikm sem3-




gambar kenangan di stesen Bas sahab Perdana

No comments: