Monday, September 14, 2009

Kenangan Bercuti Di langkawi..

Dah lama aku merancang percutian berdua dgn mama..kami juga tak berkesempatan nak berbulan madu mcm orang lain...maklumla lepas je kahwin aku kene lapor diri di tempat kerje baru so agak susah nak mintak cuti..lepas tu mama disahkan megandung anak pertama kami..terpaksala tangguhkan dulu percutian bulan madu kami... hingga anak yg ke-2 baru la aku berkira-kira ingin bercuti bersama mama...dah lama juga la aku ingin ke pulau langkawi lagi pun mama tak pernah sampai ke sana..so aku memilih tarikh 1 august 2009 pada aku itu tarikh yg sesuai bukan apa 1 august tu jatuh pada hari sabtu kene pulak awal bulan baru dapat gaji senang nak shoping huhuhu..



Airport langkawi


Aku amik packge percutian 3h2m degan shahkawi holiday, dalam packge kita diberi hotel yg kita pilih sendiri, kereta sewa,island hoping,kabel car dan breakfist dekat hotel semua tu hanye RM425 sahaje..hotel aku pilih langkasuka beach resort sbb ada rakan yg rekemen..nak pergi sana aku book Air Asia 2 org baru rm200 pergi balik.Anak-anak aku tinggal degan org tua aku kat sg plong, diorang pun suka cucu diorang duk sana yela aku balik sg plong pun sebulan sekali bukan tak nak bawak tapi bagi aku anak aku masih kecik lagi pun percutian ini memang di rancang utk kami berdua utk anak2 aku merancang ke genting higland bnyak permainan diorang boleh main kat sana..



Aku punye flight kul 2.00 ptg sampai LCCT kul 12.30 tu pun abah aku yang tolong hantar jauh betul LCCT ni.. aku tgk kaunter ke langkawi dah buka untuk check in lega rasanya pasal diorang cakap air asia flight selalu delay...nak check in pun 1 hal pasal kene beratur panjang ramai betul org nak ke langkawi hari tu.Ni first time aku naik Air Asia, flight dia pun ok dah ada no tempat duduk kat tiket kalau sebelum ni org kata kene berebut nak duduk.




paramugari Air Asia sedang sebuk menguruskan penumpang



Aku tiba kat langkawi jam 3.00 sepatutnya kul 2.45 dah sampai tapi mungkin cuaca buruk tu yg lambat sampai. Sampai airport langkawi terus gi kuanter shahkawi holiday amik kunci hotel dgn kunci kete sewa...minyak kete lak ngam2 sampai stesen minyak walaupun org tu bagi map langkawi tapi aku masih keliru akibatnya aku sesat nak ke stesen minyak...nasib baik hotel penginapan dekat dgn airport lepas tak jumpa stesen minyak aku buat keputsan check in hotel dulu...Betul kawan aku cakap bilik hotel ni memang besar puas hati la jugak..



Mama sempat post di dalam bilik hotel

langkasuka beach resort bilik memang besar puas hati


Lepas letak beg dalam bilik hotel terus keluar plan aku lepas isi minyak terus pergi pekan kuah..alhamdulilah aku selamat sampai ke stesen minyak walaupun aku tgk jarum minyak kat kete dah nyawa2 ikan..aku rasa dari tempat aku isi minyak ke pekan kuah dekat 20 minit.. nak ke pekan kuah tak jadi masalah pasal ikut sign bord..Pekan kuah memang tak pernah sunyi degan perlancong tak kira luar ke dalam negara...sampai pekan kuah dah petang, mula-mula pergi cari kedai makan pasal dari t/hari aku dgn mama tak makan lagi...banyak jugak kami borong...coklat sahaje aku dah perabis 200ratus tu belum barang lain...rabak siut.. kami pusing-pusing pekan kuah sampai mlm...sebelum balik kami pergi pasar mlm cari makanan untuk di bawa makan kat hotel yela nak bajet huhu...



shoping di pekan kuah


Keesokkan harinya sebelum ke island hopping kami breakfist kat hotel...makanan kat langkasuka beach resort memang sedap terutama sambal nasi lemak peahhh aku tambah 2 kali hahahaha..Island hopping pada sapa yang tak tahu maksudnya pergi ke pulau2 di sekitar langkawi...masa nak pergi tu baru aku perasan bateri camera dah habis..terpaksa la aku patah balik cas bateri camera kat hotel..gambar masa island hopping aku pakai camera h/set..menaiki bot satu pengalaman baru bagi aku dan mama...dalam bot tu ada 12 couple termasuk kami..aku rasa dalam ramai2 tu kami la yg ada ank 2 yg lain aku tgk mcm baru kahwin..sapa yang ada sakit jantung aku syurkan jgn naik bot ni pasal dia bawak laju gila aku rasa macam nak tercampak dari bot tu...




muka kelat pasal terpias air laut..masin tuuuu..




Naik bot pergi island hopping




perhentian pertama utk island hopping ialah tasik dayang bunting kene panjat tanggat baru sampai, tasik tu memang cantik...disebabkan leka di tasik dayang bunting kami nyaris-nyaris di tinggalkan oleh bot yg kami naiki hehehe aku tgk couple lain muka mencuka je sbb kene tunggu kami huhu..Lepas tu kami di bawa ke pulau helang boleh tgk helang terbang dari dekat, lepas tu pergi pulak pulau beras basah kat sini pun kita di beri 1jam untuk mandi di pantai, aku dgn mama hanye memerhati je ingat nak mandi tapi pakaian tak sesuai untuk mandi.Kat sini ramai mat salleh berjemur huhu...



tasik dayang bunting

beruk kat sini memang banyak, hati2 takut kene curi makanan.







bergambar di pulau beras basah

Pulau helang..boleh tgh helang terbang rendah.


lepas je Island hopping kami terus ke hotel penginapan siap2 untuk ke cable car pulak..jarak dari langkasuka beach resort dgn cable car 20 minit tu pun nyaris sesat sbb jalan nak kesana berbukit dan banyak simpang..Sampai sana cuaca mendung ni pengalaman ke-2 aku menaiki cable car langkawi mama ni merupakan pengalaman pertama....selamat org tak ramai beratur pun sekejap je terus naik gendola, masa tu aku naik dgn org timur tegah berdasarkan percakapan mereka..tapi yg best salah seorang dari mereka boleh bertutur dalam bahasa melayu..kat atas bukit tu angin kuat gila sbb masa tu hujan, kami sempat la makan burger kat atas tu rugi kalau dah sampai atas ni tak naik jabatan gantung nak pergi sini pun 1 hal kene masuk hutan hahaha...pergi ok sbb menurun nak balik aduhhh berapa kali berhenti amik nafas kene panjat tangga hahaha.



Cable car langkawi antara paling tinggi di asia tenggara..


padangan indah dari atas cable car.





pak arab yg amik gambar kami..lepas tu kami pulak amik gambar dia huhu




jabatan gantung sapa gayat jgn pergi




lepas je turun dari cable car terus pergi ke dataran helang dekat dgn pekan kuah perjalanan mengambil masa 45 dari sini..aku tgk mama dah tertidur mungkin penat ingat nak pergi under water world tapi memandangkan tiket yg mahal dan bagi aku tak de apa yg menarik dalam tu kami terus ke dataran helang...sampai dataran helang baru lepas hujan org pun tak ramai, sempat la amik gambar beberapa keping kat sana..kami sampai hotel dah senja..sempat la jalan kat tepi pantai depan hotel tgk mentahari terbenam memang cantik...kalau org tgk masa tu mesti diorang ingat kitaorang pasangan kekasih hehehhe romantik gila tau..



sapa pergi langkawi tak sah kalau tak pergi dataran helang












Padangan Indah matahari terbenam


berehat sambil menikmati angin petang di pantai langkasuka beach resort.




Mlm tu kami makan steamboat kat hotel 1 kepala 25 ringgit...1 hidangan mcm makan 4 org banyak gila..lepas makan kami jalan dekat hotel baru la masuk bilik hahahah......sebab badan ni penat dan dalam bili hotel tu sejuk sedap tidur kami nyaris terlajak bangun sedar-sedar time breakferst dah nak habis huhu cepat-cepat bangun aku ingat nasi lemak sedap ada lagi pagi ni tapi dah tukar menu lain hampehh..tapi makanan kat sini boleh tahan...lepas breakferst jalan2 sekitar pantai amik gambar 2 3 keping baru balik bilik kemas barang untuk check out...kalau masa pergi aku bawak 1 beg kali ni ada 2 beg pasal barang banyak nak bawak balik huhu..flight kami berlepas kul 1.30 t/hari sampai LCCT kul 2.00 ptg kali ni kami menaiki bas ke kl sentral untuk ke pulang ke sg buloh menaiki KTM Komputer.


makan steamboat kat sini memang puas hati





Kami meninggalkan langkawi degan kenangan yg terindah percutian ini di harap dapat mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri InsyAllah...Di harap ini bukan percutian terakhir kami..mungkin kami merancang ke pulau lain pula....
l

4 comments:

suhaidamohaini said...

bestnyer korg p honeymonn

Payad said...

Thanks for the info. plan nak g langkawi bawak mak ayah n adik adik cuti sekolah bulan mac ni =)

Fabulous Me said...

mcm best.. plan nk bwk org tua..thx 4 the info

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.